Friday, April 20, 2012

McD Tawau tidak ada lesen??

 Gambar adalah ehsan daripada Ah Kit.


Gambar 2 adalah ehsan daripada puadede.

KFC, selalu di nampak. PIZZA HUT, jarang-jarang dimasuk dan McD, julung-julung dan baru hari ini dibuka di Tawau...Macam biasalah, sesuatu yang baru akan dikerumuni orang ramai sebab manusia mempunyai sifat yang ingin tahu dan mencuba (kalau tiada sifat ini maka dunia tidak akan seperti sekarang). Tetapi tahukah kita bahawa McD Tawau telah melanggar Akta Makanan 1983 dan Local Government Ordinance (Food and Eating Premises by Law 1983) kerana gagal mempamerkan lesen perniagaan, kad kesihatan dan sijil menghadiri kursus pengendalian makanan bagi setiap pekerja didalam premis makanan tersebut? Dan kenapa pihak bertanggungjawab seperti Majlis Pembandaran Tawau dan Kementerian Kesihatan gagal dalam melihat masalah ini? Mungkin ada yang cakap, "Ndak juga ba tu orang sakit kalau McD ndak pamer lesen", "Dorang lupa ba kali tu", "Kompeni besar baitu McD, ndak da orang berani mau kacau" atau "McD baini, ndak kan la ba gak dorang buat cincai-cincai". Tapi undang-undang tetap undang-undang. Semua kesalahan perlu diambil tindakan tanpa mengira status dan darjat. Ini penting untuk dijadikan pengajaran kepada semua peniaga premis makanan yang ada di Tawau khususnya, bahawa undang-undang tetap akan menghukum siapa saja samaada anda buka kedai baru ka, kedai lama ka, kompeni besar ka, kompeni kecil ka, kompeni terkenal ka atau kompeni ndak terkenal ka. Sebagai contoh di Lahad Datu, Pizza Hut membuka secara haram premis makanan popular itu sebelum mereka mendapatkan lesen perniagaan, dan segelintir pekerjanya belum mempunyai kad kesihatan. Disebabkan tindakan mereka yang memandang rendah keatas undang-undang, Majlis Daerah Lahad Datu, MDLD telah menutup premis makanan tersebut selama seminggu sehingga mereka memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan untuk membuka premis makanan. Diharap selepas membaca ni, pihak yang bertanggungjawab ambil-ambil la tindakan ya....cek betul-betul, adakah juga lesen dan kad kesihatan dorang nie...Kadang-kadang heran juga la, ndak kan la McD tidak tahu undang-undang yang berkaitan premis makanan??hurmmmmm.....

1 comment: