Sumber: The Malaysian Insider
Kita sering melihat berita tentang Lynas Corp yang sedang dibina di Kuantan di media elektronik utama negara dan menurut laporan berita tersebut, mereka sering mempertahankan Lynas Corp dalam pembinaan kilang pemprosesan penulenan REM (sebagai media sepatutnya tidak perlu berpihak kemana-mana pihak dan harus berada di tengah-tengah dan memberitahu pro dan kontra sesuatu masalah). Dalam laporan berkenaan, penduduk sekitar keras membantah dalam pembinaan kilang tersebut. Kenapa terdapat bantahan didalam pembinaan kilang pemprosesan rare earth metal? Rare earth metal=REM adalah satu set daripada 17 element kimia yang terdapat dalam jadual berkala, yang mengandungi 15 lanthanoids + scandium dan yttrium. Scandium dan yttrium termasuk dalam REM kerana sering wujud bersama-sama bijih lanthanoids. Dalam 15 lanthonoids tersebut hanya satu merupakan element yang dapat memancarkan sinar radioaktif lebih tinggi dari element yang lain iaitu Promethium dan juga dikenali sebagai bateri nuklear.

Merujuk kepada The
Malaysia Insider, Lynas Corp memberitahu yang REM yang akan diproses oleh mereka hanya mengandungi kurang daripada 2%
Thorium (element radioaktif). Itu cuma
Thorium yang disebut dalam MalaysiaInsider. Bagaimana pula dengan
Promethium yang juga sering terdapat terdapat dalam REM? Gabungan kedua-dua element ini akan meningkatkan peratus element radioaktif dalam REM. Adakah REM yang akan diproses oleh Lynas di Kuantan hanya mengandugi
Thorium sahaja? Bagaimana pula kadar sinar radioaktif yang akan dipancarkan oleh kedua-dua bahan radioaktif ini setelah ditulenkan di kilang pemprosesan tersebut? Mengikut logik akal dan teori, apabila sesuatu bahan radioaktif itu ditulenkan kadar sinar radioaktif yang dipacarkan akan meningkat secara eksponan. Oleh sebab itu, langkah-langkah mengatasi daripada semua element-element yang mengalami proses penulenan daripada mencemarkan ke kawasan sekitar kilang pemprosesan juga perlu diketatkan kerana kebanyakkan element dalam REM mempunyai kadar toksik yang tinggi. Ini dibuktikan dengan beberapa siri kejadian yang dilaporkan berpunca daripada proses penulenan REM di seluruh dunia.
Rujuk kepada link ini. Ini menunjukkan kerisauan penduduk setempat adalah berasas.
Oleh itu pihak JAS perlu memperlihatkan kepada umum laporan EIA(Environmental Impact Assessment) yang diutarakan oleh Lynas Corp atau perlu mengarahkan pihak Lynas Corp untuk mengemukakan DEIA(Detail Environmental Impact Assessment) dan memperlihatkan laporan tersebut kepada umum dan mendapatkan pendapat mereka sebelum meluluskan pembinaan kilang ini walaupun jika dilihat dari segi ekonomi projek ini akan membantu meningkatkan ekonomi kawasan setempat khasnya dan negara umumnya. Diharap ketelusan daripada pihak Lynas Corp dan kerajaan dapat diberikan agar dapat menjernihkan keadaan dan pemantauan yang ketat perlu dibuat sepanjang masa kerana kilang ini telah pun dibina agar dapat meminimakan pencemaran yang akan berlaku.
Rujukan